Manual Keselamatan Perlindungan

Manual ini  menetapkan langkah keselamatan minimum yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen, ICT dan warga kerja kerajaan untuk dipratikkan oleh semua Kementerian dan jabatan Kerajaan.

  • Manual Keselamatan Perlindungan adalah pindaan daripada Buku Panduan Keselamatan, 1987 dan telah dipinda oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, 2009. Manual berkenaan menggariskan serta menetapkan langkah-langkah keselamatan perlindungan yang minima yang perlu dipatuhikan di setiap kementerian dan jabatan Kerajaan. 
  • Ketua-ketua Jabatan dan pihak-pihak pengamal keselamatan digalakkan untuk menggunakan Manual ini sebagai rujukan kerana Manual ini merangkumi aspek-aspek berkaitan keselamatan;
    • Keselamatan Perlindungan Fizikal
    • Keselamatan Perlindungan Dokumen
    • Keselamatan Perlindungan ICT
    • Keselamatan Perlindungan Personel
  • Ketua Jabatan di kementerian dan jabatan adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan di kementerian dan jabatannya bagi memastikan aset-aset milik kerajaan khususnya maklumat rasmi kerajaan yang terkelas dilindungi setiap masa.
  •  Manual ini telahpun diagihkan semasa pelancaran pada tahun 2011 kepada Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Keselamatan Jabatan (Departmental Security Officer – DSO) dan Pegawai Keselamatan Maklumat (Information Security Officer – ISO) yang dilantik di kementerian atau jabatan masing-masing.

  • Dalam memberikan panduan dalam penggunaan Manual ini, Unit Keselamatan Kerajaan (Government Security (UGS) telah mengendalikan kursus-kursus dan Program Membimbing DSO yang dihadiri oleh DSO yang dilantik dari setiap kementerian dan jabatan Kerajaan. Kursus dan program tersebut secara ringkasnya menegaskan keperluan bagi setiap kementerian dan jabatan menubuhkan sel keselamatan selain mewujudkan dasar dan prosedur keselamatan di jabatan masing-masing.  Beberapa jerayawara yang dihadiri oleh ISO telah juga diadakan, yang antara lain menggariskan hal-hal yang berkaitan keselamatan dan perlindungan maklumat Kerajaan yang berhubung-kait dengan penggunaan ICT.

Buku Panduan Keselamatan 1987

(Security Manual)

Manual Keselamatan Perlindungan  2011

(Protective Security Manual)

ISI KANDUNGAN MANUAL

 

Penggal II – XIV

 

Penggal II
Ancaman Terhadap Keselamatan
Penggal III
Tanggungjawab Terhadap Dasar Dan Perlaksanaan Langkah-Langkah Keselamatan
Penggal IV
Klasifikasi Keselamatan
Penggal IV
Keselamatan Dokumen Yang Dikelaskan Dan Bahan Yang Dikelaskan
Bahagian I 
Undang-Undang & Aturan-Aturan Am
Bahagian II
Tanda Keselamatan Dalam Dokumen-Dokumen Yang Dikelaskan
Bahagian III
Kata-Kata Kod
Bahagian IV
Penghantaran Maklumat Yang Dikelaskan Melalui Telefon, Telegraf, Wayar Atau Wayarles
Bahagian V
Mengeluarkan Dokumen dari Pejabat
Penggal VI
Penghantaran Dokumen-Dokumen Yang Dikelaskan
Penggal VII
Langkah-Langkah Keselamtan Di Persidangan, Pertunjukkan, Latihan Atau Tayangan Filem
Penggal VIII
Kata-Kata Kod
Penggal IX
Penghantaran Maklumat Yang Dikelaskan Melalui Telefon, Telegraf, Wayar Atau Wayarles
Penggal X
Tapisan Keselamatan
Penggal XI
Pas Keselamatan
Penggal XII
Cap Rasmi Kerajaan
Penggal XIII
Pelanggaran Keselamatan
Penggal XIV
Keselamatan Info-Komunikasi
Bahagian I
Aturan-Aturan Am

Bahagian II

 
Tanda Keselamatan Dalam Dokumen-Dokumen Yang Dikelaskan
Bahagian III
Pelepasan Bahan Yang Dikelaskan
Bahagian IV
Keselamatan Fizikal
Bahagian V
Mengeluarkan Dokumen dari Pejabat

 

Bahagian VI
Membina Dan Menyelenggara Perisian Dalam Jabatan
Bahagian VII
Menentang Jenayah Siber
Bahagian VIII
Mematuhi Kehendak Undang-Undang Dan Dasar
Bahagian IX
Merancang Kesinambungan Perniagaan
Bahagian X
Memberi Perhatian Kepada Isu-Isu Personel Berkenaan Keselamatan
Bahagian XI
Mengawal Keselamatan Maklumat E-Kerajaan
Bahagian XII
Memberikan Latihan Keselamatan Dan Kesedaran IT
Bahagian XIII
Menangani Pertimbangan Yang Berkaitan Dengan Premis
Bahagian XIV
Mengesan Dan Tindak Balas Terhadap Kejadian Keselamatan Maklumat

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN

    • Bertanggungjawab ke atas semua aspek keselamatan dokumen, bangunan dan harta benda jabatan.
    • Melaksanakan pengurusan risiko dan mengemukakan cadangan serta arahan-arahan keselamatan bagi meningkatkan keselamatan perlindungan jabatan.
    • Menubuhkan jawatankuasa dalaman untuk menyelaras pelaksanaan kawalan keselamatan dan menyelesaikan isu-isu keselamatan termasuk pelanggaran keselamatan.
    • Menghasilkan dan menerbitkan arahan-arahan keselamatan untuk diikuti dan dipatuhi oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan.
    • Mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa ke atas bangunan, sistem pengawalan, bilik dokumen dan sebagainya.
    • Memberi latihan atau menganjurkan kursus yang bersesuaian bagi pegawai dan kakitangan jabatan.
    • Bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dalam isu keselamatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN MAKLUMAT

    • Membantu menyiasat berkaitan dengan kejadian dan terjejasnya keselamatan rangkaian.
    • Menetapkan, menyelenggara, melaksanakan dan menjalankan dasar, piawaian, garis panduan dan prosedur keselamatan sistem maklumat seluruh kementerian.
    • Menjalankan pelan tindakan keselamatan Sistem Maklumat.
    • Menjalankan penilaian risiko.
    • Menyusun aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dasar, piawaian, garis-panduan dan prosedur keselamatan sistem maklumat.
BORANG-BORANG OSA

POSTER-POSTER

Manual Keselamatan Perlindungan