Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) adalah agensi perisikan utama dalaman di Negara Brunei Darussalam yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Objektif Penubuhan
Untuk memberikan amaran awal kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan mengenai ancaman-ancaman yang mungkin terjadi. Tindakan awal berupaya membantu Kerajaan Kebawah D.Y.M.M dalam mengambil tindakan awal untuk mengurangkan atau mengelakkan daripada berlakunya ancaman-ancaman berkenaan.
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Pelaksanaan, pentadbiran dan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri & Akta Rahsia Rasmi dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Mengenali Jenis-Jenis Ancaman
Jenis-jenis isu keselamatan dalam negeri yang diberi perhatian oleh JKDN.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi terus jabatan atau mana-mana cawangan jabatan di empat daerah di Negara Brunei Darussalam.
Siapakah yang bertanggungjawab?
Seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.