Jenis-jenis Ancaman

Kegiatan Subversif

Sebarang percubaan yang dilakukan oleh seseorang, sekumpulan individu atau sesebuah organisasi yang bertujuan untuk menjejaskan keselamatan negara atau menggulingkan Kerajaan K.D.Y.M.M Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atau Perlembagaan Negara, sama ada melalui cara keganasan atau dengan tidak mengikut lunas-lunas Perlembagaan.

Penyuluhan & Campur Tangan Asing

Percubaan untuk mendapatkan maklumat atau dokumen Kerajaan yang berkelasifikasi secara haram dari segi undang-undang untuk membantu kuasa atau negara asing ataupun bagi mencapai tujuan tertentu.  Campurtangan Asing bermaksud tindakan pihak luar sepeti negara asing yang mencampuri atau mempengaruhi hal ehwal politik dalaman atau norma social sesebuah negara yang berdaulat.

Sabotaj

Perbuatan yang bertujuan untuk melakukan kerosakan fizikal ke atas tempat-tempat berkepentingan ataupun serangan ke atas kepentingan ekonomi negara yang bertujuan untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan dan pemimpinnya.

Pengganasan

Penggunaan pelbagai bentuk kekerasan, keganasan dan ancaman ketakutan ke atas orang awam dan harta benda bagi sesuatu tujuan politik, keugamaan atau ideologi yang dilakukan oleh seseorang, sebuah kumpulan atau organisasi.

Perkauman  

Prejudis terhadap Kaum atau Bangsa. Mengkelas-kelasan rakyat atau penduduk mengikut warna kulit, bahasa dan adat resam.

 

Penganjuran keganasan perkauman dan keugamaan

Menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan dikalangan rakyat dan penduduk yang berlainan bangsa dan berlainan agama bagi menyerapkan nilai, kepercayaan dan amalan mereka untuk dipaksakan ke kumpulan atau kumpulan-kumpulan lain (majority) demi untuk kepentingan diri dan kumpulan yang diperjuangkan.