Peranan dan Tanggungjawab JKDN

  • Membuat penilaian ancaman keselamatan atau ancaman kepada kepentingan keselamatan di dalam negeri.
  • Diberikan kuasa untuk menjalankan siasatan dan penangkapan di bawah AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (PENGGAL 133)
  • Diberikan kuasa siasatan di bawah peruntukan undang-undang yang lain seperti AKTA HASUTAN (PENGGAL 24), AKTA KETENTERAMAN AWAM (PENGGAL 148), AKTA PENERBITAN-PENERBITAN YANG TIDAK DIINGINI (PENGGAL 25) dan AKTA PENDAFTARAN PELAWAT (PENGGAL 122).

Peranan JKDN adalah untuk mengawasi dan melaporkan ke pihak Kerajaan isu-isu keselamatan dalam negeri. Berikut adalah senarai isu-isu keselamatan dalam negeri yang diberi perhatian oleh JKDN.  Bagaimanapun, pemantauan JKDN kini tidak lagi terhad kepada isu-isu keselamatan yang disenaraikan kerana isu-isu keselamatan kini berkembang dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan perkembangan di luar negeri.